Kuala Lumpur, 18 Jun 2022 - Penjenayah bersindiket dikesan berselindung di sebalik perniagaan yang halal termasuk melakukan aktiviti kebajikan sebagai taktik untuk 'cuci duit' daripada hasil kegiatan haram.
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, SAC Fazlisyam Abd Majid berkata, terdapat tiga proses bagi penjenayah ini mengubah wang haram menjadi 'halal' iaitu menerusi penempatan (placement), pelapisan (layering) dan integrasi (integration).
Menurutnya proses itu melibatkan penukaran wang tunai atau harta yang diperoleh daripada aktiviti jenayah bagi mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan sumber asal kegiatan terbabit
Ikuti temu bual lanjut bersama SAC Fazlisyam berkenaan taktik-taktik penjenayah melibatkan pengubahan wang haram melalui akhbar terbitan Sinar Harian.