Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: GENG MACAU SCAM SEWA KEDIAMAN ELIT ELAK DICEKUP

Petaling Jaya, 20 Jun 2022 - Polis mengesan sebanyak 12 buah pusat panggilan 'Macau Scam' menjadikan kediaman 'berpagar dan berpengawal' di kawasan perumahan elit sebagai markas untuk menjalankan aktiviti penipuan mereka. Hasil pembongkaran sejak 2018 itu juga, sebanyak 138 tangkapan terdiri 99 lelaki dan 39 wanita warga tempatan berjaya diberkas kerana bertindak sebagai operator panggilan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Victor Sanjos berkata, pusat panggilan haram itu dikesan aktif melakukan penipuan seperti Macau Scam, penipuan pelaburan, kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long), penipuan menjual atau beli barang atau perkhidmatan dalam talian.

Kata beliau, mangsa-mangsa yang disasarkan sindiket itu melibatkan rakyat asing yang tinggal di negara luar. "Kebiasaannya, bagi satu pusat panggilan akan ditempatkan antara empat sehingga lima ahli sindiket untuk menghubungi mangsa-mangsa mereka.
"Selain itu, polis tidak menolak kemungkinan mereka juga akan menempatkan jumlah sama di beberapa lokasi lain bagi mengelak dikesan," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS