Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: KERJASAMA TANGANI ISU “SCAMMER”

Shah Alam, 23 Jun 2022 - Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan beberapa langkah bersama pihak berkuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi kewangan dalam negara bagi menangani isu kes penipuan dan “scammer”.

Antara langkah diambil ialah pelaksanaan perkongsian secara berkala dengan pihak berkenaan bagi mengenal pasti kaedah dan trend jenayah kewangan terkini digunakan oleh “scammer”.

Melalui sesi tersebut juga, kerjasama dalam aspek teknikal serta penyaluran maklumat telah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bersasar.

BNM juga telah mengeluarkan garis panduan kepada institusi kewangan bagi melaksanakan usaha wajar pelanggan ketika pembukaan akaun bank serta secara berterusan bagi akaun bank sedia ada.

Dalam pada itu, BNM turut mengeluarkan surat pekeliling kepada institusi kewangan bagi menggesa pelaksanaan usaha penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan ke atas proses sedia ada.

Surat pekeliling itu merangkumi gesaan kepada institusi kewangan bagi menyediakan saluran komunikasi yang efektif dan jelas antara institusi kewangan serta mangsa penipuan kewangan untuk membolehkan mereka mengambil langkah perlu termasuk menghubungi PDRM untuk membantu penyiasatan terhadap aduan dilakukan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of text that says 'Kerjasama tangani isu 'scammer Turut dikeluarkan garis panduan kepada institusi kewangan Oleh RAIHAM MOHD MUHAMMAD cammer SHAH ALAM dilaksanakan mastikan wang daripada aktiviti enipuan ank Negara Malaysia Pelanggan institusi kewangan juga perlu diberi jaminan bahawa siasatan terperinci proses tebus ugiakan dilaksanakan dalam jangka masa yang munasabah. pekeliling dengan pelanggan berkala kaedah saluran digesa kewangan erkini digunakan secara sedia daripada enggan pegawai pekeliling rangkumi kepada kewangar langkah nstitusi penipuan dilaksanakar berkesan DEPAN termasuk sedia telah Dalam BNM peng- kewangan usaha wajar pelanggan kepada institusi s”as tebus CCID dan keberkesanan ke atas proses sementara samping institusi akaun penilaian akibat birokrasi diamalkan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS