Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: KURANG KESEDARAN PUNCA MANGSA HILANG WANG

Shah Alam, 23 Jun 2022 - Kurang kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap tipu daya sindiket penipuan kewangan merupakan antara punca menyebabkan berlakunya kes kehilangan wang dalam akaun bank.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), tanggapan orang ramai bahawa kes tersebut terjadi kerana kelemahan sistem keselamatan perbankan adalah andaian yang kurang tepat.

"Sindiket penipuan kewangan menggunakan pelbagai kaedah memperdaya mangsa untuk menyerahkan maklumat perbankan sama ada secara sedar atau tidak dengan teknik-teknik yang berbeza.

"Contohnya, sindiket penipuan kewangan mengarahkan mangsa memuat turun fail aplikasi APK (Android Package Kit) yang boleh membaca sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa disedari mangsa.

"Selain itu, sindiket-sindiket ini turut menyamar sebagai pihak berkuasa atau bank bagi memancing maklumat perbankan dari mangsa-mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sehubungan itu, BNM dan industri perbankan mengingatkan orang ramai supaya berhati -hati dan melindungi maklumat perbankan daripada dikongsi dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Kurang kesedaran punca mangsa hilang wang Sindiket penipuan menggunakan pelbagai kaedah memperdaya mangsa menyerahkan maklumat perbankan SHAH ALAM CREDITSARD urang kesedaran kalangan LAPORAN DEPAN industri melindungi ianganwa dalam akaun Menurut Malaysia supaya berhati-hat sindiket mangsa. atau maklumat dengan tular nenipuan wanit hilang sebagal Noraini monjadi Abdullah, mangsa RM7. MAC NOVEMBER'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS