Kuala Selangor, 4 Julai 2022 - Seramai 1,364 keldai akaun diberkas selepas terbabit dalam sindiket penipuan di Selangor sepanjang enam bulan pertama tahun ini, malah, majoritinya didapati menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang.
Statistik polis menunjukkan kesemua suspek terdiri daripada 928 lelaki dan 436 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an.
Ketua
Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 60 peratus daripada suspek sudah didakwa di mahkamah atas kesalahan terutama membenarkan akaun bank digunakan bagi aktiviti jenayah.
"Kesemua individu itu ditahan kerana dengan pengetahuan membenarkan akaun bank dan kata laluan mereka digunakan untuk jenayah penipuan wang terhadap orang lain.
"Mereka antaranya mungkin terpengaruh dengan imbuhan ditawarkan antara RM100 hingga RM600 untuk setiap kali sewaan akaun," katanya.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: