Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: JEMAAH TERKANDAS, POLIS TERIMA 57 LAPORAN DENGAN JUMLAH KERUGIAN CECAH RM2.31 JUTA

Shah Alam, 9 Julai 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 57 laporan di seluruh negara daripada mangsa penipuan pakej menunaikan ibadah haji melibatkan dua buah agensi pelancongan swasta yang terkandas pada Khamis.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, nilai kerugian yang dilaporkan oleh bakal jemaah haji yang terkandas berkenaan setakat ini dianggarkan mencecah RM2.31 juta.

"Polis menerima laporan tertinggi di Selangor sebanyak 25 kes, diikuti Kuala Lumpur 23, Pahang (empat), manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, dan Terengganu.

"Pahang mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan tertinggi mengikut negeri sebanyak RM874,000 diikuti Kuala Lumpur RM766,500 dan Selangor RM620,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/210755
Sumber: Sinar Harian

Jemaah terkandas: Polis terima 57 laporan, kerugian cecah RM2.31 juta Jemaah terkandas: Polis terima 57 laporan, kerugian cecah RM2.31 juta Jemaah terkandas: Polis terima 57 laporan, kerugian cecah RM2.31 juta
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS