Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEMILIK AGENSI PELANCONGAN DITAHAN, KERUGIAN LEBIH RM2.3 JUTA

 
Kuala Lumpur, 10 Julai 2022 - Polis menahan lima individu, termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan dipercayai terbabit kes kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setakat semalam, polis sudah menerima 57 laporan di lapan negeri berkaitan kes berkenaan membabitkan kerugian lebih RM2.3 juta. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata dua lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 60 tahun ditahan dalam serbuan di ibu negara, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

"Mereka adalah lelaki pemilik agensi pelancongan berkenaan dan isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit yang terletak di Danau Kota. Kami ambil keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi membantu siasatan.

"Sebanyak 23 laporan polis diterima di sekitar Kuala Lumpur, iaitu di (balai polis) Wangsa Maju, Sentul dan Dang Wangi membabitkan kerugian RM760,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS