Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 3 ‘HOT SPOT’ SELUDUP BARANG SUBSIDI DI RANTAU PANJANG DIKENAL PASTI

Kota Bharu, 15 Julai 2022 - Pangkalan haram Gergaji, Rahmat dan Kajang antara lokasi ‘hot spot’ para penyeludup sekitar kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas untuk menyeleweng barangan bersubsidi Malaysia ke negara jiran melalui Sungai Golok.
Tiga lokasi tersebut juga adalah sebahagian daripada 128 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pos Ibrahim Pencen di Rantau Panjang sehingga Pos Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat turut menjadi 'port' membawa masuk barangan dari Thailand seperti beras, barangan kontraban dan lain-lain.
Pemangku Ketua Polis Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, sukar untuk pihaknya menentukan pangkalan haram yang paling panas dalam kalangan penyeludup.
"Hal ini kerana mereka sentiasa bertukar-tukar lokasi pangkalan haram.
"Apabila lokasi tersebut terdapat pihak berkuasa, mereka beralih ke lokasi yang lain, begitulah seterusnya," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Beliau berkata, bagaimanapun ia tidak menggugat kredibiliti pihak berkuasa walaupun mereka menggunakan pelbagai taktik.
Ikuti kupasan lanjut oleh Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki berkenaan aktiviti penyeludupan barang subsidi di sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS