Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: LAGI "SCAMMER" DITUMPASKAN, 9 REMAJA ANTARA DICEKUP

Batu Pahat, 19 Julai 2022 - Empat remaja ialah antara sembilan individu ditahan dalam serbuan di Taman Sentosa, dekat sini, awal pagi kelmarin, kerana disyaki terbabit kegiatan penipuan melalui skim pinjaman wang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, tangkapan kira-kira jam 1 pagi itu membabitkan lima lelaki serta empat perempuan warga tempatan berusia antara 17 hingga 29 tahun. Mereka termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dan tiga lagi berusia 18 tahun.

Selain itu, beliau berkata, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, satu komputer riba dan satu “router” turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

"Sindiket itu dipercayai mula aktif sejak awal Julai dan modus operandi digunakan ialah berperanan sebagai “call centre”. Ejen yang mencari mangsa untuk kegiatan penipuan mereka, menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mengiklankan tawaran pinjaman wang atas nama sebuah syarikat.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan kini direman selama empat hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan jangan mudah mempercayai tawaran atau promosi pinjaman wang melalui media sosial, sebaliknya membuat permohonan pinjaman melalui institusi perbankan dan kewangan berlesen saja.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS