Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ASPEK KESELAMATAN JADI KEUTAMAAN

Putrajaya, 20 Julai 2022 - Kerajaan memberi keyakinan untuk terus mengutamakan aspek keselamatan dan tidak akan menjejaskan peruntukkan bidang itu meskipun sistem pentadbiran negara diarah berjimat dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan.
Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan serta tidak terjejas dengan cadangan penjimatan hingga mencapai sekurang-kurangnya lima peratus daripada baki peruntukan mengurus pada tahun 2022.
"Langkah penjimatan kerajaan meliputi projek pembangunan yang belum dilaksanakan dan dalam perancangan, maklumat terperinci akan dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Mohamed.
"Aspek keselamatan tidak akan terjejas, pos kawalan sempadan tidak terjejas, ia kekal jadi keutamaan," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS