Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET SELUDUP DIESEL BERSUBSIDI RM10.7 JUTA TUMPAS

Kota Tinggi, 20 Julai 2022 - Polis Johor mematahkan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi terbesar di negeri ini, susulan rampasan sebuah kapal tangki serta 122,000 liter diesel bernilai RM10.7 juta, di sebuah jeti di Sungai Tiram, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarulzaman Mamat berkata, kejayaan itu hasil risikan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi sebelum serbuan dilakukan kira-kira jam 1.00 pagi, Ahad lalu.
Katanya, seramai 19 suspek membabitkan 11 lelaki tempatan dan lapan lelaki warga asing, berusia antara 26 tahun dan 58 tahun turut ditahan di premis yang dijadikan tempat transit penyeludupan diesel bersubsidi berhampiran jeti itu.
"Menerusi siasatan, sindiket penyeludupan diesel bersubsidi ini dipercayai sudah beroperasi sejak sebulan lalu.
"Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan lokasi sunyi dan jauh di pedalaman serta sukar dimasuki. Dalam kes ini, kawasan berhampiran sebuah jeti di Sungai Tiram dijadikan sebagai tempat transit penyeludupan minyak dari treler minyak ke kapal tangki sebelum dibawa ke perairan antarabangsa.
"Minyak diesel berkenaan dibeli pada harga subsidi RM2.15 seliter dan dijual pada harga RM3.50 di pasaran gelap antarabangsa," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
May be an image of 6 people and text that says 'Kamaru Zaman dua kanan) melihat peralatan digunakar sindiket penyeludupan diesel jeti Sungai Kota Tinggi, semalam. (Foto Sindiket seludup diesel bersubsidi RM10.7j tumpas ampiran Ah/BH) dijadikan tempat diesel penve- diesel Polis Johor tahan suspek, rampas kapal tangki jeti Sungai Tiram cuba diseludup itu bukan tempatan Farid rid_noh@bh.com.my Tinggi: Johor dapat sea Katanya, a tempatan dislasat Doli anaa Imigresen 1959/63 kata-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS