Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KDN KOMITED TANGANI JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Putrajaya, 22 Julai 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan satu pelan komprehensif utama bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan di negara ini.
Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, menerusi pelan komprehensif itu, beliau akan menggunakan pelbagai kaedah serta aset yang ada supaya isu berkenaan dapat ditangani sebaiknya.
"Antaranya kita mahu gabungkan segala aset yang ada di seluruh negara serta menubuhkan satu agensi berkaitan sempadan dan menggunakan teknologi terkini untuk mengawal keluar masuk individu di dalam negara.
"Contohnya di Jabatan Imigresen, kita sudah menambah baik beberapa sistem di jabatan berkenaan, selain itu di Polis Diraja Malaysia kita sudah melakukan penambahbaikan pada aset mereka serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pula kita masih mempertimbangkan mengenai penambahan aset.
"Ini kerana, kita juga perlu memberikan keutamaan kepada ekonomi negara, yang mana harus kita beri keutamaan sama ada beli kapal atau ia boleh digunakan untuk perbelanjaan lain," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Imigresen di Dataran Pahlawan, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS