Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEMANDU LORI SUBAHAT BOTOLKAN MINYAK MASAK

Pasir Gudang, 26 Julai 2022 - Seorang pemandu lori yang dipercayai bersubahat dengan sindiket penyelewengan minyak masak peket dengan membotolkan semula bahan itu di Endau Mersing ditahan dalam serbuan Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di kawasan stor kedai pada jam 7.15 malam.

"Taktik iicik itu berjaya dikesan hasil risikan yang dijalankan. Hasil siasatan mendapati premis terbabit dijadikan tempat penyimpanan dan pembotolan minyak masak yang dijual semula pada harga bermula RM11.

"Sebanyak 4,012 peket minyak masak subsidi bernilai RM10,030 berjaya dirampas daripada sindiket," katanya pada sidang akhbar Op Kontraban Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#26072022
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS