Ipoh, 26 Julai 2022 - Polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terbabit dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah jenis Methamphetamine lebih 20 kilogram (kg) bernilai RM2 juta, Khamis lalu.
Ketua
Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 34 tahun itu di sebuah pusat makanan di Jalan Raja Musa Mahadi, manakala wanita warga Vietnam berusia 38 tahun itu ditahan di tepi jalan sekitar Panorama Lapangan Perdana pada kira-kira 4.40 petang.
"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta dipandu suspek lelaki menemukan 10 bungkusan plastik hijau bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 10,356.00 gram.
"Pemeriksaan susulan dilakukan terhadap sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh pula menjumpai 10 bungkusan plastik hijau yang sama disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 10,339.000 gram" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini, semalam.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#26072022