Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: POLIS TUMPASKAN SINDIKET TIPU TIKET WAYANG, KERJA TIDAK WUJUD DI PERAK

Manjung, 28 Julai 2022 - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan penjualan tiket wayang dan pekerjaan tidak wujud selepas menahan 88 individu termasuk 10 warga China di beberapa lokasi sekitar Lumut, di sini.

Semua individu yang ditahan Isnin lalu, terdiri daripada 59 lelaki dan 14 wanita warga tempatan, sembilan lelaki serta seorang wanita warga China berusia antara 17 hingga 54 tahun.

Mereka ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung yang berjaya membongkar empat pusat panggilan hasil risikan selama dua minggu.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, sindiket itu aktif sejak dua bulan lalu dengan menyasarkan mangsa yang tinggal di luar negara seperti Hong Kong dan England.

Beliau berkata, ahli sindiket itu juga menjadikan beberapa unit inap desa di sebuah apartment di Lumut sebagai pusat panggilan dan penginapan pekerja.

"Sindiket terbabit menawarkan penjualan tiket wayang yang disiarkan di Hong Kong dengan pelanggan dikehendaki melayari laman web dan mendaftar untuk membeli tiket serta membuat bayaran.

"Selain itu, mereka turut menawarkan pekerjaan tidak wujud kepada warga England dengan gaji AS$50 (RM223) hingga AS$180 (RM803) sehari.

"Mangsa yang berminat akan diberi pautan untuk penerangan lanjut dan dikehendaki mendaftar serta menyelesaikan tugasan dalam website itu sebelum diberi gaji," katanya pada sidang media di IPD Manjung, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS