Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KELANTAN RAMPAS ROKOK PUTIH RM1.64 JUTA

Kota Bharu, 28 Julai 2022 - Polis Kelantan merampas 900,000 batang rokok putih dengan nilai keseluruhan RM1.64 juta termasuk nilai cukai dalam serbuan di Kampung Pasir Tengah, dekat Wakaf Bharu, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 pagi itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang ditinggalkan penyeludup bersama stok rokok terbabit.

Pemangku Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, terdahulu sepasukan pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am, Briged Tenggara berpangkalan di Kuantan, Pahang terserempak dua kereta dipandu dalam keadaan laju serta mencurigakan menuju Kampung Pasir Pekan Tengah.

Katanya, anggota kemudian cuba mengekori dan mengesan kenderaan terbabit, namun menemui satu daripada kereta terbabit di kawasan tebing sungai.

"Kita percaya kereta tanpa nombor pendaftaran itu ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa berikutan pintu sebelah pemandu dibiarkan terbuka, walaupun enjinnya dimatikan.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta dan kawasan sekitar, kita menemui sejumlah rokok dipercayai untuk diseludup," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS