Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PENDUDUK JALANI KEHIDUPAN LEBIH SELAMAT SEJAK KEWUJUDAN ESSCOM

Lahad Datu, 31 Julai 2022 - Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat dan mereka meyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Menurut mereka, keyakinan itu disandarkan dengan komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan di bawah payung ESSCOM.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bakapit di sini, Encik Mohd Shah Abd Hassan berkata, rondaan kerap dilakukan pasukan keselamatan sama ada di darat dan laut meyakinkan penduduk untuk keluar mencari rezeki meskipun pada lewat malam.

"Sebelum ada ESSCOM, penduduk kampung takut-takut keluar cari rezeki kalau sudah lewat disebabkan kedudukan kampung yang hampir dengan laut, (tetapi kini) pasukan keselamatan komited mengawal keselamatan," katanya.

Encik Mohd Shah, 55, berkata, jalinan kerjasama komuniti Kampung Bakapit dan pasukan keselamatan juga membantu mengukuhkan keselamatan melalui perkongsian maklumat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2105748
Sumber: BERNAMA

Penduduk jalani kehidupan lebih selamat sejak kewujudan ESSCom
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS