Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ISU TULAR] KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BURU LELAKI 'BUAT ONAR' TENGAH JALAN

Kota Bharu, 1 Ogos 2022 - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Kelantan Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Kontinjen Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, insiden itu berlaku pada 5.45 petang ketika mangsa berusia 35 tahun sedang memandu sebuah kereta Perodua Axia berseorangan.
"Mengikut keterangan mangsa semasa dia sedang memandu berseorangan, kenderaannya dihimpit sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu suspek.
"Suspek kemudian secara tiba-tiba menghalang laluan dan berhenti di tengah jalan sebelum menghampiri kenderaan mangsa lalu memecahkan cermin kereta (bahagian pemandu) serta mengugut mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Dato’ Muhamad Zaki berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lelaki itu yang berusia 40-an dan membuat serbuan ke sebuah rumah di Nilam Puri, dekat sini namun dia sudah menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan Seksyen 427 KK.
"Bagi Seksyen 506 KK, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali atas kesalahan mendatangkan ugutan jenayah," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS