Petaling Jaya, 4 Ogos 2022 - Semua pihak perlu memainkan peranan sebagai 'mata dan mulut' kepada pihak berkuasa bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri
Hamzah Zainudin berkata, kerajaan memerlukan usaha yang jitu bagi mengatasi masalah ini memandangkan Malaysia diletakkan di Tahap 3 pada 2022 berdasarkan penilaian peringkat global dilakukan oleh Amerika
Syarikat.
"Masih ramai yang tidak peka dengan isu ini termasuk mengenal pasti mangsa. Ini bukan untuk menahan mereka sebaliknya penjenayah yang menggunakan pelbagai cara untuk melakukan kegiatan itu.
"Malah, perkara ini juga didorong dengan penggunaan teknologi oleh penjenayah bagi menjerat menjadi mangsa pemerdagangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Aviation Against Trafficking in Persons di Akademi Malaysia Airlines di sini, semalam.