Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 - Laporan lebih lengkap bersama dokumentari mengenai usaha menangani pemerdagangan orang, akan dihantar kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang sebagai penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri
Hamzah Zainudin berkata, dokumentari itu termasuk mengenai nasib mangsa kes
pemerdagangan diselamatkan yang dilindungi dan dibebaskan.
Katanya, langkah itu usaha terbaru
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang dilakukan kerajaan.
"Berbelas tahun kita menghantar laporan. Kali ini, saya maklumkan kita akan hantar video kita buat operasi, penahanan (penjenayah pemerdagangan orang) dan video mangsa di pusat (perlindungan).
"Ini kita buat nak menunjukkan bahawa tugas (antipemerdagangan) ini kita sudah lakukan dan kita mahu maklumkan kepada dunia, kita tidak memandang ringan, malah sentiasa memastikan tidak berlaku pemerdagangan orang dalam negara kita,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Anti-Pemerdagangan Orang Sedunia 2022 semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.