Bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan 2022, Kumpulan Boustead menyumbang sejumlah RM50,000 masing-masing kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) dan Tabung Pahlawan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Wang tersebut adalah hasil kutipan Tabung Hari Pahlawan yang dilancarkan pada hari Jumaat lalu, seiring pelancaran pameran kereta retro anjuran Retro Havoc Car yang berlangsung di The
Curve, Petaling Jaya, Selangor.
Ianya disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Encik Izaddeen Daud kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman merangkap ahli dilantik Lembaga Pengurus, DCP Hj. Azmi Adam. Manakala Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Puan Syarina binti Kassim mewakili ATM.
Terima kasih Kumpulan Boustead kerana mengenang jasa dan menghargai pengorbanan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan negara.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#06082022