Butterworth, 10 Ogos 2022 - Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai di sini, pada 7 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah
IPD SEBERANG PERAI TENGAH, ACP Tan Cheng San berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada kira-kira 3.30 pagi dan suspek dipercayai menggunakan beberapa
objek sebagai senjata untuk menyerang satu antara sama lain.
"Hari ini, pihak polis telah mengesan empat video yang tular masing-masing berdurasi 8 saat hingga 23 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran nasi kandar.
"Hasil semakan mendapati setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat, siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dan punca pergaduhan berlaku," katanya dalam kenyataan semalam.