Manjung, 12 Ogos 2022 - Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang membayar RM800 hingga RM4,000 kepada ejen untuk menyusup masuk ke Malaysia hanya umpama 'bercuti tiga hari dua malam' di laut selepas bot dinaiki ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika dari Puiau Talang di sini, jam 2.15 pagi kelmarin.
Terdahulu, kumpulan warga asing terbabit bertolak dari negara asal pada Isnin lalu, malah sanggup berhimpit dalam bot pancung itu.
Pemangku Ketua
Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris berkata, tekong bot serta dua pembantunya turut ditahan.
Mereka ditahan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.
Bacaan lanjut seperti keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.