Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPDNHEP, PDRM TUMPAS SINDIKET SELEWENG DIESEL

Shah Alam, 13 Ogos 2022 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menerima empat kes serahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan sindiket penyelewengan diesel subsidi dengan nilai keseluruhan RM507,142.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Encik Mohd Khairi Jamaludin, berkata empat kes serahan itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) membabitkan tiga kes pada 9 Ogos lalu dan satu kes semalam.
"Menerusi kerjasama strategik dengan PDRM, empat kes disyaki melakukan aktiviti penyelewengan barang kawalan subsidi bahan api diesel dilumpuhkan di lokasi berasingan iaitu Semenyih, Kota Damansara, Kapar dan Puchong.
"Kebanyakan kes penyelewengan terbabit dengan mendapatkan bekalan diesel daripada stesen minyak yang berdekatan.
"KPDNHEP Selangor akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana stesen minyak yang bersubahat dengan sindiket terbabit," katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut seperti keratan akhbar terbitan Berita Harian Online di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS