Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis masih menjalankan siasatan susulan operasi pemutihan besar- babitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan masih dijalankan selepas penahanan pegawai dan anggota polis terbabit.
"Siasatan masih dijalankan dan kita tunggulah nanti. Tiba masanya saya akan beri kenyataan," katanya.
Terdahulu, Harian Metro mendedahkan operasi pemutihan besar-besaran dilakukan membabitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.