Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET SELUDUP ROKOK RM1.8 JUTA TUMPAS

Kota Tinggi, 21 Ogos 2022 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok putih selepas menahan dua lelaki dan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini pada Sabtu.

Pegawai dan anggota Pasukan Khas Op Kontraban dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi melakukan serbuan pada jam 3.20 pagi.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dua lelaki tempatan yang ditahan itu berusia 31 dan 47 tahun di mana salah seorang daripadanya cuba menghalang pihaknya semasa menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan dalam lori tersebut menemukan kotak-kotak berisi rokok seludup yang tidak dibayar cukai. Dalam serbuan itu pihak polis merampas lori berkenaan serta 244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok.

"Jumlah keseluruhan rampasan dalam operasi tersebut berjumlah RM1.83 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#21082022

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'sebut rokok pemeriksaan Sindiket seludup rokok RM1.8j tumpas FOTO:IKSANIKJOHOR Polis tahan dua lelaki, 244 kotak mengandungi 12,200 karton dirampas Oleh ZULHISHAM ISAHAK KOTA TINGGI lori berisi cukai. rokok. dalam dalam satu kenyataan pada olis menumpaskan satu sindiket Akta bawah elaki dalam sebuah curigakan -Sungai Rengit Sabtu pada Kontraban dari Jabatan Siasatan SJN) Bahagian Jenayah Polis jam Zaman yang Kamarul sehingga berusia dan daripadanya maklumat jalankan pemeriksaan. Superintendan dekatan. Kudus mana-mana Polis menemukan sebanyak kotak ngandungi 2,200 dalam sebuah! Taman Fasa Indah, alan Kota inggi-Sungai Rengit pada Sabtu.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS