Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN KE-65: LAGI INDIVIDU ROSAKKAN JALUR GEMILANG DITAHAN

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana merosakkan bendera Jalur Gemilang di Jalan Tun Sambanthan 4, di sini.

Ketua Polis Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima maklumat ada individu merosakkan Jalur Gemilang jam 3.20 petang kelmarin.

“Apabila anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tiba, mereka mendapati dua pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan seorang lelaki merosakkan Jalur Gemilang dekat lokasi berhampiran,” katanya.

ACP Amihizam berkata, anggota URB mendapatkan bantuan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) membawa lelaki berkenaan ke Balai Polis Brickfields untuk dokumentasi.

“Seterusnya, lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk diperiksa serta dirujuk ke wad psikiatri,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Harian Metro seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24082022

May be an image of 2 people, motorcycle, outdoors and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS