Kuala Lumpur, 23 Ogos 2022 - Polis merampas pelbagai dadah bernilai RM112,500 berikutan penahanan enam lelaki dan seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara, pada Khamis dan Jumaat lalu.
Ketua
Polis KL, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata, ketiga-tiga serbuan dilakukan menerusi Op Ophelia di sebuah hotel di Kampung Baru dan kondominium di Jalan Ampang, di sini, pada jam 2.15 petang Khamis hingga jam 10 malam Jumaat lalu.
Katanya, sindiket berkenaan menjadikan kondominium yang dikawal oleh pengawal keselamatan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah.
Bagaimanapun, katanya, taktik sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di Utara semenanjung dan Lembah Klang itu terbongkar hasil beberapa siri serbuan yang dilakukan Jabatan Diasatan Jenayah Narkotik, Kuala Lumpur.
"Serbuan pertama di lobi hotel berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia 32 hingga 39 tahun. Lanjutan itu, polis menahan pula seorang lelaki berusia 32 tahun di dalam bilik hotel dan merampas satu kilogram (kg) Ganja serta 958 gram Syabu.
"Penahanan suspek ini membawa kepada serbuan ketiga di sebuah kondominium dan menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 27 tahun serta merampas 30 kg Ganja," katanya dalam kenyataan, semalam.
Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 26 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.