Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: POLIS RAMPAS DADAH DAN HARTA BERNILAI RM6.7 JUTA, TERBESAR TAHUN INI DI PERAK

Ipoh, 29 Ogos 2022 - Dua beradik dan tiga rakan ditahan dalam satu serbuan jenayah dadah terbesar di negeri ini melibatkan nilai rampasan berjumlah RM6.7 juta di sebuah bangsal di Chenderiang, Tapah pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, dalam serbuan kira-kira 9.45 pagi itu, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tapah menahan kesemua lelaki berumur 29 hingga 33 tahun yang sedang memproses dadah Methamphetamine.

“Hasil serbuan telah berjaya merampas sejumlah dadah tersebut dengan anggaran berat kira-kira 110 kilogram bernilai RM6.6 juta selain merampas bahan-bahan kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

“Turut disita dua kenderaan, empat utas rantai leher, loket, cincin dan subang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM161,000. Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Jun dan dadah dirampas boleh digunakan untuk seramai kira-kira sejuta penagih dadah,” katanya dalam sidang media di IPK Perak hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS