Petaling Jaya, 31 Ogos 2022 - Ketika Perak menjadi “sarang” aktiviti pengganas komunis, seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) yang berani meresapi unit musuh utama dan seterusnya “memusnahkan” pejuangnya, tanpa melepaskan walau sebutir peluru pun.
Pegawai polis legenda itu, pesara Superintendan Datuk Paul Kiong S.P., 78, masih sihat dan mampu menceritakan kisah keberaniannya pada 1980-an kepada wartawan Free Malaysia Today.
Antara 1968 hingga 1989, beliau terlibat dalam pelbagai operasi menentang pemberontakan komunis, sehingga dikurniakan anugerah tertinggi keberanian, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.).
Menceritakan pengalamannya, Datuk Paul Kiong berkata, unit penyerang kelima Parti Komunis Malaya begitu terkenal dengan sikap agresif dan keberkesanan mereka dalam melaksanakan misi.
“Mereka memang kejam,” katanya yang menjelaskan unit itu merangkumi kira-kira 90 anggota yang berkemahiran tinggi dalam peperangan hutan.
“Ramai anggota keselamatan dan orang awam dibunuh oleh unit ini. Misi kami untuk melumpuhkan mereka,” katanya.
Datuk Paul Kiong bersara pada 1998 dengan pangkat Superintendan, selepas berkhidmat 32 tahun dengan polis.
Sumber: Free Malaysia Today
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,