Kedaulatan atau "sovereignty" membawa maksud kuasa tertinggi dimiliki sesebuah negara. Kedaulatan penting bagi mempertahankan negara daripada sebarang cubaan penjajahan.
Bagi mengekalkan kedaulatan negara, isu keselamatan nasional menjadi aspek penting mendasari segala keperluan rakyat.
Berdasarkan tafsiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), keselamatan nasional adalah keupayaan sesebuah negara memelihara dan mempertahankan rakyatnya daripada anasir luar.
Dalam konteks Malaysia, isu berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam dipertanggungjawabkan serta di bawah bidang kuasa
Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Situasi semasa menunjukkan keselamatan negara pada 'tahap selamat'. Berdasarkan dapatan beberapa kajian, prestasi Malaysia semakin memberangsangkan dalam menangani isu keselamatan.
Melalui statistik Jabatan Perangkaan dan Polis Diraja Malaysia, kedudukan Malaysia dilihat semakin baik dengan pengurangan jenayah indeks sebanyak 19.3 peratus pada tahun 2021 berbanding 2020.
Bacaan lanjut penulisan artikel oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz ini seperti dalam akhbar terbitan
Berita Harian Online.