Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEGAWAI, ANGGOTA CIPTA BOT PENYELAMAT

Hulu Terengganu, 5 September 2022 - Sekumpulan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) HULU TERENGGANU menampilkan kreativiti apabila menghasilkan kenderaan dua alam atau bot Amphibia Qber II untuk membantu dalam menyelamatkan mangsa banjir di daerah berkenaan.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, bot Amphibia Qber II yang dibina dengan kos lebih RM10,000 itu mampu beroperasi di daratan mahupun di air terutama kegunaan untuk musim banjir.

Menurutnya, produk inovasi yang dihasilkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) IPD Hulu Terengganu amat praktikal untuk digunakan di kawasan kampung yang mempunyai laluan sempit kerana saiz bot yang dibina lebih kecil.

“Umum sedia maklum daerah (Hulu Terengganu) ini sering kali dilanda banjir apabila tiba musim tengkujuh dan Amphibia Qber II adalah produk kedua yang dihasilkan oleh KIK IPD Hulu Terengganu.

“Produk pertama yang dihasilkan sebelum ini perlu ditarik oleh pacuan empat roda, namun bot ini hanya ditarik dengan menggunakan All Terrain Vehicle (ATV),” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text that says 'Polis Daerah (IPD) Terengganu menampil- kreativiti meng- hasilkan kenderaan atau Amphibia Ober RM10,000 roperasi Pegawai, anggota cipta bot penyelamat Kuala Berang: Sekumpulan kata, Amphibia Ober kampung yang mem- hasilkan sebelum sempit ditarik pacuan dibina namun ditarik dengan terrain mampu daratan ma- BoT Amphibia Qber yang dihasilkan. untuk ban- maklum Menurutnya, produk yelamatkan dihasilkan banjir daerah berke- Inovatif naan. Kreatif KIK) Ketua Polis Terengganu rengganu amat praktikal Datuk Rohaimi Md untuk digunakan kawa- banjir Ober demikian ketika ditemui erasmian Produk ang Pengkalan produk uTerengganu 'Produk pertama yang diadakan Tasik marin.'
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS