Kajang, 9 September 2022 - Polis mengesan rakaman video mengenai anggota polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah motosikal roda tiga dinaiki lelaki warga Myanmar yang diulang siar tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dalam rakaman video berdurasi 51 saat itu berlaku pada 4 Mac 2020.
"Dalam kejadian jam 10.09 pagi itu, anggota bertugas dari Balai Polis Batu 9 melakukan rondaan di Taman Suria Jaya, Batu 9, sebelum terserempak motosikal roda tiga dinaiki seorang lelaki warga Myanmar yang membawa besi buruk.
“Anggota itu kemudian menahan dan membuat pemeriksaan rutin sebelum dilepaskan dan tiada sebarang tindakan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.