Pasir Mas, 14 September 2022 - Insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin didakwa berpunca daripada pertikaian kenaikan sewa rumah antara pihak penyewa dan pemilik.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, maklumat tersebut hasil siasatan lanjut yang dilakukan ke atas individu terlibat.
"Penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian menyebabkan berlaku pertikaian dan pergelutan antara kedua-dua belah pihak.
"Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memberi keterangan lanjut dan menyelesaikan pertikaian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.