Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN KE-65: SENJATA IBARAT BANTAL PELUK

Pontian, 15 September 2022 – Seolah-olah bantal
peluk

 
ketika tidur, pesara Sarjan Mejar Damin Hadis tidak lekang memegang senjata semasa bertugas sebagai anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) sewaktu memerangi pengganas komunis lebih 40 tahun lepas.

“Tangan sentiasa di senapang baik di “base” atau bertugas. Tidak lekang daripada tangan, kalau tidur pun memang menjadi bantal
peluk

 
,” kata Damin, 77, yang menggambarkan tahap kesiapsiagaan PPH yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata, terlalu banyak peristiwa hitam dan tragis disaksikannya sepanjang bersama PPH bermula 1968 ketika ditugaskan dalam Platun 9 Kompeni C, Batalion 1 PGA, Ulu Kinta, Perak yang digelar ‘Tiger Platoon’ dan digeruni komunis serta Platun 2, Batalion 8, Kem Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ikuti perkongsian pengalaman beliau menggempur pengganas komunis sepanjang bertugas di PPH di keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS