Kuala Lumpur, 21 September 2022 –Jadikan sebuah rumah di Segambut Dalam di sini, sebagai stor penyimpanan bekalan dadah Syabu seberat 200 kilogram (kg).
Itu
kegiatan dilakukan enam individu dipercayai ahli sindiket dadah yang menggunakan pelbagai kenderaan untuk memindahkan dadah ke ibu kota dari utara tanah air.
Timbalan Ketua
Polis KL, DCP Dato’ Yahaya Othman berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki dan menemui dadah Syabu bernilai RM8.53 juta.
“Hasil dari serbuan itu, sebanyak 226 bungkusan berisi dadah Syabu seberat 236 kg ditemui di dalam kediaman berkenaan.
Ekoran itu, kami menahan seorang lelaki di sekitar kawasan berkenaan dipercayai ahli sindiket dadah itu,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.