Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUKAN CULIK, CUMA SALAH FAHAM DENGAN JURUJUAL

Hulu Terengganu, 29 September 2022 - Polis menafikan dakwaan kewujudan kes cubaan menculik seorang budak perempuan berusia empat tahun di Kampung Menerong, Ajil di sini, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua IBU PEJABAT POLIS DAERAH HULU TERENGGANU, DSP Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati ia cuma salah faham antara ibu kanak-kanak itu dan sekumpulan pekerja jurujual peralatan gas memasak.

"Polis telah memanggil tiga individu bagi membuat keterangan berikutan laporan dibuat suri rumah terbabit pada pukul 3.50 petang kelmarin. "Siasatan didapati tiada unsur menculik atau cubaan menculik kanak-kanak terbabit dalam kejadian tersebut," katanya.
 
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo Online

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS