Orang ramai boleh mengamalkan 3s - Soal, Sekat dan Sebar bagi melindungi diri mereka daripada ancaman penipuan kewangan dan jenayah siber.
Soal setiap perkara terutama perkara yang meragukan dan mempunyai tanda amaran, sekat diri daripada melakukan langkah seterusnya jika berasa curiga terutamanya hal yang membabitkan urusan kewangan.
Seterusnya, sebar maklumat kepada rakan dan keluarga, termasuk melaporkan kepada pihak berkenaan jika tidak pasti atau terdapat transaksi yang mencurigakan.
Ikuti wawancara eksklusif
Berita Harian Online bersama Timbalan Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Marzunisham Omar dalam mengamalkan 3S untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#10102022