Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TINGKAT KERJASAMA BANTERAS PENIPUAN KEWANGAN

Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan akan terus berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras aktiviti penipuan kewangan, termasuk membantu mendapatkan semula dana yang dicuri dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar berkata, institusi kewangan akan berkerjasama dengan BNM untuk menjejaki dana yang hilang dan jika mangsa penipuan membuat laporan pada pihak bank dan polis dengan segera, dana berkenaan mungkin boleh disekat daripada diambil penjenayah.
Justeru, beliau berkata mangsa penipuan dinasihatkan segera menelefon bank mereka jika mendapati transaksi meragukan berkenaan penipuan kewangan membabitkan akaun bank mereka.
Datuk Marzunisham berkata, kerjasama antara agensi penguatkuasaan amat penting, terutama berkaitan perkongsian maklumat bagi membanteras jenayah penipuan kewangan dan siber secara berkesan.

Ikuti temu bual eksklusif Berita Harian Online bersama Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar dalam meningkatkan kerjasama antara agensi penguatkuasaan untuk membanteras penipuan kewangan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#10102022

May be an image of text that says 'bank Tingkat kerjasama banteras penipuan kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) kewangan membabitkan akaun polis dengan bil bagi menghalang kerugian danrujukan dan institusi kewangan selanjutnya daripada Mengulas menasihatkan kewangan dilindungi haml eksklusif berkata, kerja- 'Agensi terbabit penting, makitimat adalah siber berkata. komprehen- enayah mendapati ransaksı ragukan berkenaan penipuan asaa Response penipuan tiada perlindungan penipuan 'Jika buat laporan pada, pi- meniniau tindakan segera dapat diam- akan pengguna pengguna perlu me- benar untuk menjadi panduan nanggungnya,jelasnya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS