Lahad Datu, 12 Oktober 2022 - Pengunjung pasar malam di Jalan Mawar di sini cemas menyaksikan sekumpulan lelaki bergaduh dengan menggunakan kerusi dan topi keledar sebagai senjata pada Sabtu lalu.
Kejadian pada pukul 9 malam melibatkan sekumpulan lelaki dan seorang wanita itu kemudian tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi satu minit 44 saat.
Ketua
Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menjalankan siasatan dan melancarkan Ops Cantas seterusnya mengenal pasti suspek terlibat.
“Seramai enam lelaki dan seorang wanita berusia 19 tahun hingga 28 tahun diberkas di tepi jalan Kampung Unta di sini pada 11.40 pagi, Ahad lalu bagi membantu siasatan.
Beliau memberitahu, kesemua suspek ditahan reman sehingga 13 Oktober ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.