Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIAP SIAGA JIKA DIARAHKAN BERPINDAH

Putrajaya, 13 Oktober 2022 - Penduduk di kawasan berisiko diingatkan untuk mematuhi nasihat pasukan keselamatan dan bersiap siaga dari semasa ke semasa sekiranya diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang memaklumkan, perkara itu susulan rantau negara dipengaruhi tiupan angin baratan dan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah di timur Filipina yang dijangka bergerak ke selatan Vietnam bagi tempoh 12 hingga 18 Oktober.

"Garis badai berpotensi berlaku pada awal pagi di perairan Selat Melaka dan pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah," katanya.

Menurutnya, ribut petir dan hujan juga dijangka berlaku pada sebelah petang hingga ke awal pagi di Semenanjung, Sarawak dan pedalaman Sabah.

"Pada Khamis, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di Semenanjung, Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri, pedalaman dan pantai barat Sabah, Kudat, Sandakan serta Tawau," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS