Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: RUMAH SEWA JADI MAKMAL PROSES DADAH KENA SERBU

Balik Pulau, 15 Oktober 2022 - Kegiatan sepasang suami isteri menjadikan sebuah rumah sewa sebagai makmal memproses dadah, terbongkar menerusi dua serbuan polis, di sini Selasa lalu.

Serbuan membabitkan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG dan BSJN Polis Daerah Barat Daya itu turut merampas dadah serta peralatan memproses dadah dianggarkan bernilai RM81,330.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, serbuan pertama dilakukan di tepi jalan di Gelugor kira-kira jam 8.30 malam dan menahan lelaki warga tempatan berusia 43 tahun bersama isterinya warga asing berusia 30 tahun serta merampas empat peket plastik lutsinar disyaki mengandungi Heroin.

"Siasatan lanjut dengan dipandu arah suspek lelaki membawa ke sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas, di sini, pada jam 10.30 malam yang dijadikan makmal memproses Heroin.

"Polis turut merampas dadah jenis Heroin, pil Yaba dan serbuk disyaki Kafein, selain peralatan serta bahan kimia bagi memproses dadah," katanya pada sidang media di IPD Barat Daya, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#15102022
May be an image of 5 people
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS