Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SARAWAK BERJAYA SELAMATKAN 5 WANITA ASING MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA

Kuching, 25 Oktober 2022 - Polis Sarawak berjaya menyelamatkan lima wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks dalam serbuan ke sebuah rumah kedai di kawasan komersil Jalan Setia Raja, di sini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, serbuan dilakukan Cawangan D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada jam 3.30 petang Jumaat lalu.
Katanya, polis kemudian menyerbu masuk dalam premis terbabit dalam usaha menyelamatkan mangsa dan hasil risikan serta maklumat lanjut, dua lelaki tempatan berusia 23 dan 25 tahun berjaya ditahan di tempat berasingan.
"Dua lelaki itu dipercayai boleh bantu siasatan kes ini. Polis turut merampas dua pasport warganegara asing milik mangsa yang diselamatkan," katanya memaklumkan tindakan itu diambil mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS