Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: NIAT NAK LERAI TAPI KENA PUKUL

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 – Dua lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kecederaan akibat perselisihan faham di Taman Sri Serendah, Hulu Selangor, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-duanya yang berusia 40 dan 45 tahun ditahan di sekitar kawasan Serendah dan kini direman hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Polis sedang memburu empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Polis Hulu Selangor sebelum itu mengesan dua klip video pergaduhan yang tular menerusi media sosial bertajuk: ‘Geng GST 08 Serendah Michael’ yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS