Kota Kinabalu, 1 November 2022 - Polis masih mengesan seorang remaja lelaki yang dilihat tular menerusi rakaman video menendang dan menampar seorang perempuan, termasuk menggunakan selipar sehingga mencetuskan kemarahan warganet.
Ketua
Polis Daerah Kota Kinabalu (Page), ACP Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai
kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama daripada semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menahan suspek.
Rakaman video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu menampar beberapa kali arah muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding.