Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MBJB, PDRM, TNB DAH AMBIL TINDAKAN!

Johor Bahru, 1 November 2022 - Lesen perniagaan mana-mana peniaga yang bersekongkol dengan kegiatan perjudian dalam talian secara haram di bandar raya ini akan dibatalkan serta-merta jika disabit bersalah.

Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Hj. Mohd Noorazam Dato’ Hj. Osman berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak berkompromi dalam perkara itu dan tindakan diambil mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) selain peruntukan undang-undang berkaitan.

Katanya, MBJB juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam membasmi kegiatan itu dan saling berkongsi maklumat untuk penguatkuasaan.

"Tahun ini, terdapat 36 premis yang didapati bersalah kerana menjalankan operasi judi dalam talian dan daripada jumlah itu, 24 premis adalah berlesen.

"Kes membabitkan 24 premis itu sudah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan MBJB bulan ini (Oktober) untuk tindakan pembatalan lesen," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 7 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS