Ketua Polis Perak, CP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah itu membabitkan tangkapan seramai 10,086 orang.
"Ia membabitkan seramai 1,868 orang ditangkap kerana membekal, 4,884 orang (memiliki), 134 orang mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 3,200 orang ditangkap disebabkan positif ujian saringan awal air kencing.
"Bagi rampasan dadah pula, sebanyak 267.368 kilogram (kg) Syabu bernilai RM11.8 juta, Ketamin (RM111.2 juta), 141 biji pil Ekstasi (RM2,538), 500 biji pil Yaba (RM5,000) dan 703 biji pil Erimin 5 (RM10,549)," katanya di pekarangan IPK Perak di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: