Kota Bharu, 3 November 2022 - Sebuah lori sarat mengandungi 7,000 karton rokok seludup diekori sejauh kira-kira 300 kilometer bermula dari Kemaman, Terengganu hingga ke Peringat, di sini.
Tindakan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Bukit Aman sebelum satu serbuan dibuat di sebuah stor di Kampung Padang Mokan pada
jam 8.20 pagi kelmarin.
Ketua
Polis Kontinjen Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Harun, berkata tiga lelaki berusia 23 hingga 47 tahun yang juga pemilik stor, pemandu lori dan tonto ditahan dalam serbuan itu.
"Lori jenis Fuso itu diekori bermula dari Terengganu dengan diiringi sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang bertindak sebagai tonto.
CP Dato’ Muhamad Zaki berkata, nilai keseluruhan rokok seludup dirampas dianggarkan RM350,000 dan dalam serbuan itu juga lori serta dua kereta jenis Ford Everest dan Toyota Camry turut disita, namun semakan dibuat didapati tiada rekod hilang.
"Permohonan reman sedang dibuat untuk siasatan kes mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.