Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS JOHOR RAMPAS RM1.66 JUTA DADAH

Johor Bahru, 5 November 2022 – Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM1.66 juta dalam 17 serbuan di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri, Seri Alam dan Kota Tinggi dari 28 Oktober lalu hingga kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, berkata 22 individu turut diberkas dalam Op Khas dan Terancang yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM bagi menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

“Dalam serbuan berkenaan, polis menahan 19 lelaki tempatan, selain seorang wanita tempatan dan dua wanita warga asing berusia 19 hingga 39 tahun bersama sejumlah dadah.

“Modus operandi suspek ialah menjadikan rumah “gated and guarded” tempat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah, sebelum disyaki menggunakan motosikal untuk mengedar bahan terlarang itu sekitar Johor Bahru.

“Semua suspek dipercayai aktif sejak pertengahan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dato’ Kamarul Zaman berkata, antara dadah yang dirampas ialah Syabu seberat 7.02 kilogram (kg), Heroin 5.8 kg, Ketamin 489 gram (g), serbuk Ekstasi 305.8 g, pil Ekstasi 32 biji dan Ganja 0.65 g.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS