Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PRU-15: #CARPOOLGE15 PERMUDAHKAN PENGUNDI

Kuala Lumpur, 12 November 2022 - Sejak kebelakangan ini, laman Twitter mulai ‘meriah’ dengan ribuan ciapan menggunakan tanda pagar, #CarpoolGE15, memaparkan persediaan pengundi di negara ini termasuk perancangan untuk ‘balik kampung’ bagi memilih wakil rakyat masing-masing.

Melalui tanda pagar tersebut, jelas terpancar keterujaan rata-rata pengundi untuk menyediakan perkhidmatan berkongsi kenderaan dan mencari individu yang menawarkan perkongsian kereta ke lokasi sama bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM merangkap Pengarah Operasi PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata PDRM khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sentiasa memantau perkhidmatan terbabit dari semasa ke semasa demi kepentingan pengguna.

Bagaimanapun, sekiranya pengguna was-was terhadap perkhidmatan kongsi kereta yang ditawarkan, mereka dinasihatkan untuk memilih pengangkutan awam sebagai alternatif.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS